fbpx

Pegawai penguat kuasa direman tipu tuntutan selenggara kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Alor Setar

ALOR SETAR – Tiga individu termasuk seorang pegawai kanan penguat kuasa direman kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bagi kerja-kerja penyelenggaraan kapal sebuah agensi penguatkuasaan bernilai lebih RM1 juta.

Perintah reman selama enam hari sehingga 31 Mac ini dikeluarkan oleh Majistret, Siti Noor Hidayah Mohd. Noor di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 8 malam tadi ketika diminta hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kedah.

Katanya, suspek pertama yang merupakan ketua sebuah pusat servis bersama suspek kedua iaitu pegawai kanan penguat kuasa dipercayai bersubahat bersama suspek ketiga, pemilik sebuah syarikat bagi melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2020.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI