fbpx

Lelaki mengamuk pecah cermin ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menetak cermin ambulans sehingga pecah menggunakan sebilah parang jenis 'kwan tao'

SIBU – Lagak samseng seorang lelaki menetak cermin sebuah ambulans dengan menggunakan sebilah parang jenis ‘kwan tao’ membawa padah apabila dia ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 43 tahun itu dibuat pada pukul 2 petang semalam selepas pihaknya menerima laporan pukul 12 tengah hari.

Berdasarkan laporan, pengadu warga tempatan memaklumkan bengkel membaiki penyaman udara miliknya didatangi lelaki tidak dikenali yang bertindak menetak cermin ambulans.

“Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berjaya menangkap suspek bagi membantu siasatan.

“Semasa tangkapan dibuat, pihak kami merampas sebilah kerambit yang berada pada tangan suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli menambah, turut dijumpai sebilah parang jenis ‘kwan tao’ di dalam kenderaan lelaki itu. Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine..

Video kejadian itu turut tular di Facebook dengan suspek juga kelihatan mengecam beberapa individu di dalam bengkel berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI