fbpx

Beri ruang untuk berkarya, jangan terlalu mengongkong masyarakat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini. - Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mahu semua lapisan masyarkat diberi ruang berkarya dan melontarkan idea secara bebas tanpa sekatan daripada mana-mana pihak.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya masyarakat dikongkong untuk berkarya, ia boleh menyebabkan sesuatu penghasilan karya terbantut walaupun pelbagai inisiatif diberikan untuk berkarya.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu memberikan ruang kepada murid dan pelajar berkarya termasuk mengemukakan idea dan kritikan.

“Saya sudah beritahu Fadhlina Sidek (Kementerian Pendidikan) dan juga Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) supaya sekolah dan universiti diberi ruang.

“Menimba ilmu maknanya beri mereka ruang agar lebih kritis, harus ada.

“Tetapi bagi sang penguasa, saya kebetulan dalam kalangan itu kadang-kadang kurang senang (kritikan), tapi harus kebijaksaan dan kesabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu di Dewan Bahasa Pustaka di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sekatan ke atas sebarang karya dan penulisan itu juga akan menyebabkan penghasilan manuskrip itu menjadi terbatas pada masa akan datang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI