fbpx

Pegawai kanan polis terima rasuah lindungi aktiviti haram direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman SPRM berikutan disyaki terlibat rasuah melindungi aktiviti haram sekitar ibu negara.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pegawai kanan serta seorang anggota polis dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi aktiviti haram sekitar Kuala Lumpur.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 26 Mac 2024 dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Farhana Mohd. Najib kepada suspek utama, manakala suspek kedua telah direman selama satu hari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Menurut sumber, suspek utama iaitu lelaki berusia 40-an disyaki menerima suapan antara tahun 2021 hingga 2024 daripada sindiket dalam bentuk tunai.

Katanya, ia sebagai balasan melindungi aktiviti haram melibatkan perjudian, maksiat dan kumpulan gangsterisme di sekitar Kuala Lumpur.

“Hasil penahanan suspek, SPRM turut menemui sejumlah wang bernilai lebih RM1.2 juta hasil serbuan di beberapa premis milik suspek.

“Suspek utama telah ditahan di Putrajaya kelmarin, manakala suspek kedua yang merupakan anggota bawahannya ditahan pada hari yang sama di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenalpasti dalang lain yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI