fbpx

KKM dapat bayaran balik ventilator rosak – PAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjelaskan, Kementerian Kesihatan (KKM) telah berjaya mendapatkan bayaran balik ventilator yang tidak berfungsi ketika pengurusan wabak Covid-19.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, bayaran balik itu berjumlah RM16,785,910.95 bagi 104 unit ventilator.

“Tindakan itu selaras dengan syor ketiga Laporan PAC DR 11/2023 iaitu KKM perlu segera menyemak status waranti bagi semua 136 unit peralatan ventilator selain memastikan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak bertanggungjawab.

“PAC mencadangkan wang berkenaan diguna dan ditambah oleh Kementerian Kewangan bagi memastikan ketersediaan peralatan ventilator di seluruh hospital kerajaan,” jelasnya melalui satu laporan yang dikeluarkan PAC di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, PAC juga dimaklumkan susulan syor, KKM telah mengambil pelbagai tindakan bagi memastikan lebihan stok penutup boot dan ‘protective jumpsuit’ dapat digunakan sepenuhnya.

“Sehubungan itu, KKM perlu memastikan stok pada kadar optimal bagi persediaan berlaku wabak atau pandemik,” katanya.

Sebelum ini Dewan Rakyat pada November lalu dimaklumkan, KKM akan memastikan setiap proses perolehan, termasuk ketika darurat atau kecemasan, dilakukan dengan lebih cekap dan mengikut prosedur. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI