fbpx

ECERDC mahu bangunkan Taman RV di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baidzawi (tiga dari kiri, depan) menyerahkan premis Surau Al-Ikhwan kepada wakil JHEAT di Teluk Ketapang, Kuala Nerus kelmarin.

KUALA NERUS – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bercadang untuk menjadikan Terengganu sebagai salah satu hab industri kenderaan rekreasi (RV) seiring  visi kerajaan mahu menjadikan negara sebagai hab RV Asia Pasifik menjelang tahun hadapan. 

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat berkata, pihaknya sedang mengenalpasti lokasi berpotensi di negeri ini untuk dimajukan sebagai Taman RV berkenaan. 

“Kita berhasrat membangunkan industri RV di Terengganu dan beberapa lokasi berpotensi di negeri ini sedang dikenalpasti. 

“Infrastruktur luaran dan kemudahan asas akan dibangunkan di tapak taman RV yang akan dimuktamadkan kelak,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan premis Surau Al-Ikhwan dan Tabika Teluk Ketapang masing-masing kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan  Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Teluk Ketapang di sini kelmarin. 

Kedua-dua premis itu merupakan sebahagian daripada pakej projek pembesaran jalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Pusat Komersial Kuala Terengganu (KTAR 2) yang kini telah mencapai kemajuan sehingga 37 peratus. 

Selain itu, Baidzawi berkata, setakat ini, ECERDC telah berjaya merealisasikan pelaburan bernilai keseluruhan RM2.4 bilion kepada ekonomi Terengganu. 

Jelas beliau, pelaburan itu merangkumi sektor pembuatan besi dan keluli, penanaman napier, kilang pulpa dan bekas makanan yang bakal membuka 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini. 

“Pelaburan tersebut merupakan 57 peratus daripada sasaran RM4.2 bilion yang diunjurkan untuk negeri ini pada tahun ini. 

“ECERDC memainkan peranan sebagai pusat sehenti sebagai pemudahcara memudahkan dan membuka pintu kepada peluang pelaburan ke Terengganu,” katanya.

Baidzawi menerangkan, ECERDC juga komited untuk menarik peluang pelaburan baharu dalam sektor minyak, gas dan petrokimia (RM940 juta), perkhidmatan (RM50 juta), pelancongan (RM20 juta), dan pembuatan (RM10 juta) untuk Terengganu setakat suku pertama tahun ini. 

Tambah beliau, sebanyak 65 peratus merupakan pelaburan langsung asing (FDI) dengan tertinggi dari Jepun iaitu RM660 juta.  -KOSMO!  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI