fbpx

Anwar kacau bubur lambuk bersama KRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua dari kanan)mengacau bubur lambuk di program Gerak Rahmah 2024, Jom masak bubur lambuk di Dewan Orang Ramai Taman Meru, Ipoh, hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan 2024 Parlimen Tambun yang diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Meru, di sini hari ini.

Pada program anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut mengacau bubur lambuk bersama penduduk.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program memasak bubur lambuk itu dilaksanakan di bawah Kluster Komuniti Rahmah.

Katanya, penganjuran program itu selaras dengan komitmen Kementerian Perpaduan Negara dalam memperkasa Rukun Tetangga sebagai penggerak dan pengantara penting dalam penganjuran program komuniti, kesukarelawanan dan kenegaraan pada peringkat akar umbi.

“30 periuk bubur lambuk dimasak dengan 10,000 bekas diedarkan kepada penduduk sekitar. Seramai 450 peserta dari 20 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Tambun dan 10 agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat.

“Selain itu, sebanyak 150 sumbangan Kotak Rahmah turut diedarkan kepada orang ramai selain sumbangan lima kerusi roda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI