fbpx

ABK23: Arif Aiman lakar hatrik anugerah MVP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG sensasi JDT, Arif Aiman Hanapi (tengah) berjaya melakar hatrik selaku penerima Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23), sebentar tadi. - MFL

KUALA LUMPUR – Liga Malaysia (Liga M) musim lalu nyata menjadi milik bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi apabila mendominasi lima kategori utama pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23).

Selain muncul pemain kedua yang berjaya melakar hatrik memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP), Arif Aiman juga mendominasi empat lagi anugerah lain iaitu Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 serta berkongsi Anugerah Kasut Emas Liga Super bagi kategori pemain tempatan bersama penyerang Selangor FC, Faisal Abdul Halim, masing-masing menjaringkan 12 gol.

“Syukur Alhamdulillah kerana saya berjaya meraih anugerah MVP buat kali ketiga dan sebenarnya pun tak sangka juga sebab saya baru sahaja berusia 22 tahun.

“Saya gembira dengan segala usaha yang saya lakukan selama ini untuk menang anugerah ini dan sudah tentu kejayaan ini akan memberi semangat untuk saya buat yang lebih baik.

“Saya tidak akan pernah rasa cepat berpuas hati dan seperti biasa saya akan terus berusaha buat yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kelab (JDT),” katanya.

Ini juga merupakan musim ketiga Arif Aiman dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik dimana pemain kelahiran Kuantan, Pahang ini merekodkan 21 gol secara keseluruhan musim lalu.

Secara keseluruhan, kejayaan diraih Arif Aiman pada ABK23 kali ini membolehkan Harimau Selatan berjaya menguasai sembilan kategori utama yang dipertandingkan. – KOSMO! ONLINE

KEPUTUSAN

Pemain Paling Bernilai (MVP): Arif Aiman Hanapi (JDT)
Penjaga Gol Terbaik: Ahmad Syihan Hazmi (JDT)
Pemain Pertahanan Terbaik: Azam Azmi Murad (Terengganu FC)
Pemain Tengah Terbaik: Afiq Fazail (JDT)
Penyerang Terbaik: Arif Aiman Hanapi (JDT)
Pemain Muda Terbaik: Arif Aiman Hanapi (JDT)
Gol Terbaik Liga Malaysia: Arif Aiman Hanapi (JDT)
Penjaring Gol Terbanyak Tempatan Liga Super: Arif Aiman Hanapi (JDT), Faisal Abdul Halim (Selangor FC)
Pemain Import Terbaik: Bergson da Silva (JDT)
Pasukan Terbaik: JDT
Penjaring Gol Terbanyak Liga Super: Ayron del Valle (Selangor FC)
Penjaring Terbanyak Piala MFL: Ebenezer Assifuah ((KDA FC B)
Jurulatih Terbaik: Tan Cheng Hoe (Selangor FC)
Pemain Terbaik Piala MFL: Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC)
Anugerah Fair Play: Terengganu FC
Kesebelasan Terbaik dan Jurulatih Pilihan Penyokong: Ahmad Syihan Hazmi (Penjaga gol), Azam Azmi Murad, Jordi Amat, Shahrul Nizam, La’Vere Corbin Ong (Pertahan), Manuel Hidalgo, Afiq Fazail, Park Tae-su (tengah), Arif Aiman, Bergson Da Silva, Ayron Del Valle (Penyerang), Tan Cheng Hoe (Jurulatih)

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI