fbpx

25 laporan polis diterima berhubung isu kalimah Allah di Johor – M. Kumar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis Johor mengesahkan telah menerima 14 lagi laporan polis berhubung insiden penggunaan kalimah Allah di negeri ini, menjadikan keseluruhan laporan diterima berhubung kes itu sebanyak 25 laporan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, sebelum ini pihaknya hanya menerima 11 laporan polis yang dibuat pelbagai pihak serta satu laporan polis daripada wakil kilang ekoran ugutan yang diterima berhubung kejadian berkenaan.

“Kelmarin, wakil kilang membuat laporan polis berhubung satu ugutan yang diterima. Berdasarkan aduan ugutan itu berlaku secara bersemuka pada 19 Mac lalu, namun laporan polis hanya dibuat pada 23 Mac setelah kejadian tersebut tular di media sosial.

“Kita sedang mengamati kandungan media sosial yang tular sebelum tindakan lanjut diambil. Kes ini disiasat mengikut seksyen 506 kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 Peringkat Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Dalam pada itu, M. Kumar turut memberitahu bahawa seramai 10 orang saksi telah diambil keterangan berhubung kejadian seorang wanita mengelar anak lelakinya yang berusia setahun enam bulan, dalam satu kejadian di Pasir Gudang, 16 Mac lalu.

Beliau berkata, antara pihak yang telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuklah suami suspek dan jiran-jiran.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI