fbpx

Hidup mudah kalau isteri bantu suami cari rezeki – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA DANIELLE

PETALING JAYA – “Senang sahaja sebenarnya. Nak bantu (suami), bantu. Tak nak sudah.”

Demikian kata pelakon Diana Danielle berhubung isu golongan isteri patut cakna tentang tanggungjawab mencari rezeki atau menggali punca pendapatan sama seperti si suami.

Kata Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, terpulang kepada wanita sama ada mahu membantu tetapi andai dapat meringankan beban suami, segala urusan kehidupan akan dipermudahkan.

“Apa sahaja kita buat, timbangan pahala dapat juga pada kita dan apa pasangan buat, itu timbangannya.

“Jangan sebab kita baca kisah orang lain, kita akan jadi keras hati sedangkan sebenarnya hidup kita dipermudahkan selama kita bantu suami dalam cara yang tidak nampak,” katanya menerusi ciapan X.

Menjengah ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat ibu kepada dua orang cahaya mata itu sehingga mendapat 2,500 ulang siar (repost).

“Setuju. Dulu selepas kahwin tolong suami bayar separuh dan sekarang rezeki dapat beli rumah sendiri,” kata netizen.

“Jangan bila sudah buat tidak reda. Sia-sia sahaja, duit habis pahala pun tercicir,” ujar pengguna X lain.

Diana berkongsi pendapat selepas seorang individu meluahkan perasaan kecewa apabila suaminya curang walaupun si isteri membantu membayar komitmen bulanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI