fbpx

Aset udara ATM siap siaga laksana pembenihan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADLY ketika ditemui pemberita di Dataran Gangsa, Melaka, semalam. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

ALOR GAJAH – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membantu Jabatan Meteorologi untuk melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) berikutan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permintaan untuk melaksanakan OPA.

“Aset udara ATM sudah bersedia jika ada tuntutan atau permintaan kita sedia beri kerjasama. Sebelum ini kita pernah terlibat dengan OPA di Sabah dan begitu juga di Semenanjung, seandai terdapat permintaan kita akan bantu.

“Biasanya pembenihan awan ini perlu mengambil kira faktor cuaca semasa, jika cuaca benar-benar panas, keadaan awan dan barulah proses ini dilaksanakan” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Parlimen Alor Gajah di Dataran Gangsa di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Adly berkata, tahun ini Kementerian Pertahanan menyediakan peruntukan besar bagi bantuan sara hidup untuk veteran tidak berpencen yang sebelum ini menerima bantuan secara sekali bayar (one-off).

“Kadang-kadang mereka mendapat bantuan hanya sekali setahun, namun kali ini mereka akan menerima bantuan sara hidup sebanyak RM300 setiap bulan bagi mereka berada di bawah garis kemiskinan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI