fbpx

UMNO salur RM1 juta bantu Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID.

SHAH ALAM – UMNO akan menyalurkan bantuan berjumlah RM1 juta kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) bagi misi bantuan kemanusiaan kecemasan ke Palestin.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan perkara itu berkata, sumbangan itu membuktikan sokongan kuat parti demi kebajikan rakyat negara berkenaan terutama di Gaza.

“Kami sejak dulu sentiasa komited menyokong apa juga perkara berkaitan kepentingan Gaza.

“Tahniah kepada Mapim yang melaksanakan misi khas itu dan kita akan membantu RM1 juta sebelum delegasi bertolak ke Rafah nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis ‘flag off’ misi itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, petang ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, beliau mendukung perjuangan kumpulan pejuang Palestin, Hamas.

“Perkara itu sememangnya bukan hanya retorik semata-mata. Kita tidak mendukung keganasan namun perjuangan mereka dalam membela nasib dan hak rakyat,” ujarnya.

Tambah beliau, komitmen beliau menyokong Hamas berlandaskan ‘roh’ atau kesedaran mengenai faktor perjuangan kumpulan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI