fbpx

Serangan Dewan Bandaraya Crocus: Rakyat, pelajar Malaysia selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow mengesahkan bahawa semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berdaftar di sana selamat susulan serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, semalam.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, pada masa sama menasihatkan mereka untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan insiden tembakan rambang di sebuah konsert di bandaraya itu.

Katanya, ini termasuk mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Malaysia mengutuk serangan keganasan itu yang menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 60 orang dan mencederakan lebih 145 yang lain.

“Pendirian negara amat jelas iaitu menolak sekeras-kerasnya segala tindakan keganasan dan ekstremisme dalam semua bentuk dan manifestasi,” katanya tadi.

Wisma Putra memberitahu, Malaysia akan terus menekankan keperluan untuk usaha bersepadu di peringkat antarabangsa bagi menghapuskan tindakan keganasan secara menyeluruh dan berkesan.

Malaysia turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Persekutuan Russia serta kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini.

Menurut berita antarabangsa Agensi, Perkhidmatan Keselamatan Russia (FSB) mendedahkan tembakan itu dilepaskan oleh sekumpulan lelaki bersenjata automatik ketika peminat menyaksikan persembahan kumpulan rock otai, Picnic.

Sebanyak lima senjata ditemukan selepas tembakan dilepaskan berulang kali ke arah orang awam sehingga situasi bertukar riuh apabila kawasan berkenaan dibanjiri mangsa terbunuh dan cedera.

Serangan itu menyebabkan dewan konsert terbabit terbakar sehingga menyebabkan bumbungnya runtuh.

Dewan konsert tersebut merupakan antara lokasi paling popular di Moscow yang boleh menampung kapasiti 6,200 orang.

Serangan terkini itu memecah rekod insiden paling terburuk sejak 2004, semasa lebih 330 pelajar Sekolah Beslan ditawan dengan separuh daripadanya adalah kanak-kanak terbunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI