fbpx

Notis kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu belum diterima – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berhubung notis kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu susulan penyandangnya meninggal dunia.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya masih menunggu notis itu sebelum mesyuarat khas diadakan untuk menentukan writ penting pilihan raya.

“Belum lagi (terima notis rasmi kekosongan kerusi),” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Sebagaimana kebiasaan, SPR akan menetapkan tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam tempoh 60 hari selepas pengisytiharan kekosongan luar jangka kerusi DUN.

Mesyuarat SPR nanti antara lain bertujuan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Kelmarin, ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia, dipercayai akibat kanser.

Bagaimanapun, Pejabat Speaker DUN Selangor memaklumkan pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu akan dibuat sebaik segala urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong selesai.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI