fbpx

Lelaki maut digilis treler, isteri dan anak cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JITRA – Seorang lelaki maut manakala isteri dan anaknya cedera dalam kemalangan membabitkan motosikal yang dinaiki tiga beranak itu dengan sebuah treler di Kilometer 16.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Napoh, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan memberitahu, dalam kejadian pukul 10.50 malam itu, mangsa berusia 32 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada keseluruhan anggota badan.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika dua kenderaan tersebut bergerak dari arah sama iaitu dari Changlun menghala ke Jitra.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, treler berkenaan memotong motosikal tersebut yang berada di hadapan dengan bergerak ke tengah jalan.

“Apabila hampir selesai memotong, secara tiba-tiba pemandu treler itu menyedari kenderaan dipandu berlanggar dengan tayar belakang sebelah kiri motosikal menyebabkan ketiga-tiga mangsa jatuh di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, isteri yang berusia 32 tahun dan anak lelaki mereka berusia empat tahun mengalami luka pada anggota badan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan, manakala penunggang motosikal disahkan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, tular video dan gambar di media sosial keadaan mayat mangsa dalam keadaan menyayat hati di tengah jalan selepas digilis treler dan isteri mangsa yang dikatakan cedera parah pada kaki di tepi jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI