fbpx

Pemilik perniagaan rasuah penguat kuasa MBIP RM4,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Batu Pahat telah menahan seorang pemilik perniagaan mesin permainan kanak-kanak dan seorang pekerjanya kerana memberi rasuah kepada penguat kuasa majlis.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 45 tahun dan 21 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 1 pagi tadi di Pejabat SPRM Johor.

Difahamkan, suspek telah memberikan wang rasuah sebanyak RM4,000 kepada penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sebagai dorongan tidak mengambil tindakan keatas premis perniagaannya yang didapati menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah.

Premis perniagaan tersebut telah diberikan Notis Memberhentikan Aktiviti Perniagaan/ Tanpa Lesen kerana telah melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen di bawah undang-undang kecil Perlesenan, Tred Perniagaan & Perindustrian (MBIP) 2018.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI