fbpx
HUKUM mengunyah gula-gula getah mengikut mazhab Syafi’i adalah makruh. Namun, sesiapa yang mengunyah gula-gula getah pasti akan menelan bersamanya air liur bercampur perisa, sekali gus akan membatalkan puasanya. – Gambar hiasan

Makruh kunyah gula-gula getah semasa berpuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Assalamualaikum. Kebiasaannya, gula getah hanya dikunyah dan tidak ditelan. Jadi, ia tidak sampai masuk ke dalam kawasan tekak. Persoalannya, batalkah puasa? Mohon pencerahan.

JAWAPAN: Pada asasnya, hukum mengunyah gula-gula getah ketika puasa di sisi mazhab Syafi’i adalah makruh kerana dikhuatiri tertelan sehingga melepasi had yang boleh membatalkan.

Bagaimanapun, pada kebiasaannya sesiapa yang mengunyah gula-gula getah pasti akan menelan bersamanya air liur bercampur perisa gula-gula getah berkenaan, sekali gus akan membatalkan puasanya.

Oleh yang demikian, tiada keperluan bagi orang berpuasa untuk mengunyah gula-gula getah. Rongga mulut mempunyai had tertentu yang boleh menyebabkan batal puasa. Fuqaha menentukan piawaian had zahir dan had batin rongga mulut seperti berikut:

Had zahir: Had zahir dalam mulut ialah makhraj ha’ al-muhmalah dan kha’ al-mu’jamah

Had batin: Had batin dalam mulut ialah makhraj ha dan hamzah. Had batin ini membatalkan puasa.

Berdasarkan penentuan had rongga mulut di atas, jelas menunjukkan bahawa kawasan dalam mulut yang mengunyah makanan merupakan had zahir. Ia tidak membatalkan puasa sekiranya sesuatu ain (jirim) masuk ke kawasan mulut tersebut.

Apabila sampai sesuatu ain (jirim) ke dalam tekak pada had batin mahupun melepasi had zahir, maka ia membatalkan puasa.

Selain itu, fuqaha mazhab Syafi’i telah membahaskan hukum mengunyah gula-gula getah tidak membatalkan puasa, namun perbuatan tersebut adalah makruh :

“Para ulama mazhab Syafi’i berpandangan bahawa mengunyah gula-gula getah adalah makruh bagi orang yang berpuasa kerana ia mengumpul air liur, menimbulkan rasa dahaga dan muntah.”

Selain itu, ulama al-Zuhaili dalam kitab Mu’tamad menyatakan makruh bagi orang berpuasa mengunyah gula-gula getah kerana dikhuatiri tertelan sampai ke rongga perut.

Batal puasa bagi mereka yang menelan gula-gula getah.

Oleh yang demikian, Imam al-Syafi’i menyatakan hukum mengunyah gula-gula getah adalah makruh. Pada kebiasaannya, sesiapa yang mengunyah gula-gula getah pasti akan menelan bersamanya air liur bercampur perisa yang akan membatalkan puasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN