fbpx

RM3,000 caj balik kampung guna lorong tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUL IZMEER (dua dari kanan) menunjukkan gambar pendatang asing yang berjaya di tangkap pada sidang akhbar di Jabatan Kastam Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Iskandar Puteri hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Sindiket yang menjalankan penyeludupan keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 seorang.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, Aminul Izmeer Mohd. Sohaimi berkata, perkara tersebut dikesan selepas pihaknya menahan 12 warganegara Indonesia yang sedang dalam perjalanan menuju ke Pulau Batam, Indonesia pada 15 Mac lalu.

Menurut beliau, mereka yang ditahan melibatkan dua tekong dan 10 PATI berusia antara 25 hingga 50 tahun.

“Anggota Unit Marin Bahagian Penguatkuasa Kastam mengesan sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan ketika sedang menjalankan rondaan di kawasan laut perairan Tanjung Pelepas, pada pukul 2 pagi, Jumaat lalu.

“Hasil pemeriksaan terhadap kesemua penumpang bot berkenaan mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah, selain dokumen perjalanan yang telah tamat tempoh,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di JKDM Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, di sini hari ini.

Tambah Aminul Izmeer, pihaknya menjangka akan berlaku pertambahan bilangan jumlah PATI yang keluar meninggal negara ini untuk pulang ke negara asal mereka dalam waktu terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI