fbpx

Saman fitnah: Mohd. Naim fail penghakiman ingkar terhadap Papogomo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mohd. Na’im dan Wan Muhammad Azri.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo dalam kes saman fitnah.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Mohd. Na’im selaku plaintif berkata permohonan itu dibuat berikutan Wan Muhammad Azri selaku defendan belum memasukkan kehadiran dalam kes saman berkenaan.

“Permohonan itu (penghakiman ingkar) akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini dalam masa terdekat,” kata peguam itu ketika dihubungi di sini hari ini selepas pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong.

Menurut peguam itu lagi, mahkamah kemudian menetapkan 27 Mac ini bagi pengurusan kes selanjutnya.

Mohd Na’im yang memfailkan saman itu pada 19 Oktober tahun lepas, mendakwa defendan telah menerbitkan satu hantaran terhadapnya di akaun Facebook dikenali sebagai “Sir Azri” bertarikh 18 September 2023.

Menurutnya, dalam hantaran Facebook itu defendan memuat naik satu klip video berdurasi enam minit 41 saat, yang merupakan klip video diambil daripada akaun TikTok “@nurhafizulbadrulhisham”.

Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak membuat atau melakukan apa-apa tindakan positif bagi kesejahteraan agama Islam.

Ia memandangkan plaintif kononnya mempunyai kes berkaitan tuduhan seksual atau lucah adalah seorang penunggang agama yang tidak cakna dengan kestabilan masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia.

Dakwa plaintif, kenyataan fitnah tersebut menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, menjatuhkan maruah dan merendahkan status plaintif di mata masyarakat umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI