fbpx

Pelajar kolej kejururawatan hilang sejak tiga minggu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maznah (kiri) bersama suaminya, Mohd. Najib menunjukkan gambar Nor Diana dan laporan polis yang dibuat oleh mereka di IPD Tumpat, baru-baru ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI/ JOSMO!

TUMPAT – Pasangan suami isteri buntu untuk mengesan anak gadisnya yang hilang selepas keluar dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kejururawatan, Alor Setar di Kedah, sejak tiga minggu lalu.

Maznah Ismail, 44, dan suaminya Mohd. Najib Hussin, 46, telah mencarinya anaknya Nor Diana, 21, di sekitar Alor Setar semasa mereka hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Setar pada Ahad lalu, namun gagal.

Menurut Maznah, dia menyedari Nor Diana hilang selepas gadia tersebut senyap tanpa khabar berita apabila anaknya itu mematikan telefon selama empat hari.

“Saya mengesyaki ada sesuatu berlaku kepadanya yang baru dua bulan berada di institut berkenaan sebelum menghubungi seorang penyelaras ILKKM.

“Penyelaras itu memaklumkan bahawa Nor Diana keluar dari institut berkenaan sejak 29 Februari lalu selepas dia dibenarkan untuk cuti,”katanya ketika ditemui pemberita di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di sini hari ini.

Maznah memberitahu, anaknya itu ada membuat panggilan telefon pada 7 Mac lalu dan memaklumkan dia berada di rumah kakak angkatnya di Meru, Kedah.

Katanya, dia berbual dengan anaknya itu yang turut menangis kesedihan dan sempat bercakap dengan kakak angkatnya yang memperkenalkan diri sebagai Ika.

“Ika memaklumkan Nor Diana akan menumpang rumahnya selama dua hari sahaja sebelum akan pulang ke Kelantan, namun dia tidak dapat dikesan sehingha ke hari ini.

“Saya mengesyaki Ika berbohong. Jadi, saya dan suami sudah membuat laporan berhubung kehilangan Nor Diana di IPD Tumpat sebanyak dua kali sebelum kami diarahkan untuk memberi keterangan di IPD Alor Setar, Kedah,” ujarnya.

Menurut Maznah, dia mengesyaki Nor Diana berada bersama individu lain yang tidak membenarkan anak perempuannya itu pulang.

Katanya, Nor Diana juga diberi tempoh sehingga 27 Mac ini untuk masuk semula ke ILKKM sebelum akan diberhentikan jika gagal berbuat demikian.

“Sebelum ini, Nor Diana tidak pernah mempunyai teman lelaki atau perubahan sikap sepanjang tinggal bersama keluarga,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang berjumpa atau mempunyai maklumat mengenai Nor Diana diharap terus menghubunginya di talian 017-934 3461. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI