fbpx

Lebih 80 peratus daripada 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (duduk tengah) bergambar bersama ibu dan anak penerima selepas menyerahkan surat keputusan kewarganegaraan di Putrajaya, hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan membabitkan individu bawah 21 tahun telah diberi keputusan setakat 7 Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, 80 peratus daripada permohonan itu diluluskan manakala selebihnya ditolak kerana permohonan tidak lengkap dan tidak melepasi tapisan keselamatan.

Beliau berkata, permohonan lengkap yang telah selesai akan diproses dan setelah mendapat notifikasi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) barulah proses selanjutnya dilakukan.

“Mereka kena datang JPN, buat sejumlah bayaran, akan dikeluar sijil kewarganegaraan dan kemudian boleh keluar dokumen diri berkaitan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI