fbpx

Piala FA: United cemerlang tewaskan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG muda Man. United, Amad Diallo (kiri) muncul wira pasukannya apabila meledak gol kemenangan ketika tewaskan Liverpool 4-3 pada aksi suku akhir Piala FA di Old Trafford, sebentar tadi. - AFP

LONDON – Manchester United mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala FA buat kali kedua berturut-turut selepas menyingkirkan Liverpool 4-3 pada aksi suku akhir di Old Trafford, sebentar tadi.

Ketika The Reds dilihat lebih berpeluang untuk raih kemenangan, sikap melawan Red Devils menjadi elemen utama kepada kejayaan United namun ia terpaksa dinoktahkan pada lapan minit terakhir masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada 90 minit masa permainan sebenar

Red Devils bermula cemerlang apabila membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi Scott McTominay namun ia langsung tidak menjejaskan intensiti Liverpool yang garang memburu gol penyamaan.

Minit ke-37, Liverpool yang menguasai 59 peratus babak pertama dihimpit kecewa apabila jaringan Wataru Endo dibatalkan selepas Mohamed Salah yang melakukan umpanan terlebih dulu dikesan berada di kedudukkan ofsaid.

Bagaimanapun, Liverpool berjaya merubah kekecewaan itu dengan sesuatu yang lebih positif apabila memperoleh dua gol pantas menerusi Alexis Mac Allister pada minit ke-44 dan jaringan Salah pada masa kecederaan.

Skrip hampir sama terus berulang di separuh masa kedua dengan menyaksikan United lebih selesa mengambil pendekatan bertenang dan hanya mengatur asakan menerusi serangan balas.

Sikap tidak putus asa United akhirnya membuahkan hasil apabila
memperoleh gol penyamaan menerusi Antony pada minit ke-87 sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Sebaik aksi memasuki minit ke-105, Harvey Elliott membuktikan keputusan Jurgen Klopp memasukkannya bagi menggantikan Dominik Szoboszlai adalah tepat apabila dia meledak gol ketiga Liverpool.

Tujuh minit selepas babak kedua masa tambahan bersambung, Marcus Rashford kembali menghidupkan peluang United apabila meledak gol ketiga Red Devils.

Berpunca serangan balas pada minit ke-120, bintang muda United, Amad Diallo muncul wira pasukan apabila meledak gol kemenangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI