fbpx

Kemunculan pertama Kate Middleton selepas pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kate dan William ketika melawat sebuah rumah kebajikan di Cambridge pada 23 Jun 2022. – AFP

LONDON – Princess of Wales,  Kate Middleton dilihat menemani suaminya, Putera William di sebuah kedai berhampiran Istana Windsor, lapor akhbar Daily Express semalam.

Ia merupakan kemunculan pertama Kate di tempat awam sejak menjalani pembedahan perut pada  Januari lalu.

Kate, 42, tidak pernah muncul di khalayak ramai sejak 25 Disember tahun lalu, namun beliau dikatakan kelihatan gembira dan tenang ketika dilihat bersama William semalam.

Seorang saksi  di kedai tersebut berkata: “Selepas semua khabar angin yang bertebaran sebelum ini, saya tergamam melihat mereka di situ. Kate membeli-belah bersama William dan beliau kelihatan gembira dan sihat. Anak-anak mereka tiada bersama tetapi ia adalah petanda baik bahawa beliau sudah sihat.”

Kate dilaporkan akan kembali memikul tugas diraja seawal 17 April ini. 

Sebelum ini, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu, pembedahan Kate disifatkan berjaya, namun beliau tidak akan melakukan tugas awamnya untuk beberapa tempoh.

Ibu kepada tiga anak itu dirawat di hospital sehingga 29 Januari lalu sebelum beliau pulang ke rumah untuk berehat dan kembali pulih. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI