fbpx

[VIDEO] Berbuka dengan Marissa, Memey Suhaiza dilabel sengaja tunjuk baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS Abby dan Norman dilihat ada bertindih pendapat,kini Memey pula dilabel tidak sensitif apabila dikatakan sengaja mahu menunjukkan kebaikan apabila berbuka puasa dengan anak tirinya, Marissa.

PETALING JAYA – Memasuki episod baharu, pelakon Memey Suhaiza dihujani kecaman netizen apabila mengundang anak tirinya, Marissa Dania Hakim berbuka di rumahnya semalam.

Perkongsian Memey dalamm Instagram yang memaparkan dia menyiapkan juadah dan berbuka puasa bersama dengan suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim serta tiga orang anaknya, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim, dan Mikayla Delisha Hakim.

Hanya kerana Marissa turut kelihatan dalam video tersebut, ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyifatkannya sebagai perampas dan tidak sensitif dengan kemelut yang berlaku ketika ini.

“Sudah rampas bapa, rampas pula anak, sengaja tunjuk baik.

“Entah kenapa rasa video ini sengaja dimuat naik untuk cetuskan provokasi. Tolong faham keadaan sekarang dan kasihan Abby sebab macam-macam kena hadap.

“Biadabnya, tak perlu selitkan muka Marissa dalam video. Bayangkan apa yang Abby rasa apabila tengok video ini,” komen netizen.

Bukan sahaja Memey, netizen turut menitipkan pesanan pada Marisaa agar pulang ke pangkuan ibu kandungnya sekali gus menjernihkan semula kemelut antara mereka.

“Wahai Marissa, tak baik buat ibu kandung awak begitu. Pujuklah dia.

“Marissa selesaikanlah segera masalah awak, kasihan ibu dan bapa pula bergaduh sesama sendiri,” kata netizen.

Semalam, kecoh dalam media sosial apabila tular komen perbalahan antara Norman dan Abby mengenai isu pernikahan Marissa dengan suaminya, Aslam.

Dalam komen tersebut, Norman meminta Abby berhenti berkongsi mengenai Marissa kepada umum kerana akan membuka lebih banyak aib keluarga.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan hangat sejak Januari lalu apabila dikatakan sudah bernikah dengan Aslam yang berstatus suami orang di Songkhla, Thailand pada 26 Disember tahun lalu.

Sehingga hari ini, Marissa mahupun Aslam tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal tersebut.

Sementara, Abby pula dalam satu temu bual mengesahkan perkara tersebut dan turut meminta Marissa segera mendaftar perkahwinannya di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI