fbpx

Selangor negeri selamat didiami semua – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri) Wan Azizah, Azalina, Fadhlina dan Amirudin pada Konvensyen Kebangsaan Perlindungan Murid di Shah Alam, Selangor.

SHAH ALAM – Selangor berhasrat menjadi negeri yang selamat didiami oleh semua terutamanya kanak-kanak.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasrat tersebut mampu dicapai melalui kerjasama semua pihak termasuk kerajaan.

“Kita harus berikhtiar dan berusaha mengatasi ancaman terhadap anak-anak terutama di era digital. Tidak kira di mana ancaman ini, di sekolah, di rumah mahupun di luar.

“Semua pihak yang mempunyai maklumat sebarang insiden gangguan atau eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak harus melaporkan segera kepada penguat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial, hari ini.

Amirudin berkata, kelakuan negatif itu tidak harus dipandang remeh kerana ia berpotensi memberi kesan buruk kepada psikososial dan emosi kanak-kanak.

Menurut beliau, keadaan tersebut akan memberi kesan serta trauma jangka panjang yang sukar dipulihkan oleh golongan kanak-kanak.

Ujar beliau, kerajaan turut memainkan peranan penting bagi meyakinkan masyarakat berhubung keselamatan terhadap eksploitasi dan keganasan berunsur seksual.

Jelasnya, kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan terutama Kementerian Pendidikan dan Bahagian Undang-undang dan Reformasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri amat penting untuk mengukuhkan hasrat itu.

“Saya yakin Selangor akan mengorak langkah dalam usaha ini dan ia dapat dibuktikan melalui pelaksanaan Konvensyen Kebangsaan Perlindungan Murid di Shah Alam.

“Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Azalina Othmad Said, Menteri Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi dan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan atas komitmen ini.

“Penghargaan khas buat Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkongsi pendapat dan inisiatif yang harus disegerakan berkait pengalaman beliau selaku Timbalan Perdana Menteri wanita pertama yang turut memegang tanggungjawab Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI