fbpx

Panel luar pesawat B737-800 United Airlines tercabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Panel luar pesawat Boeing 737-800 hilang selepas mendarat. - New York Post

MEDFORD, OREGON – Satu pemeriksaan rutin selepas penerbangan melibatkan sebuah pesawat Boeing 737-800 milik United Airlines mendapati, satu panel luar di bahagian bawah pesawat itu hilang sebelum ia mendarat di Oregon.

Agensi berita United Press International (UPI) melaporkan, tiada kegagalan peralatan dilaporkan semasa Penerbangan 433 itu berada di udara selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, kelmarin.

Pesawat tersebut membawa 139 penumpang dan enam anak kapal sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rogue Valley di Medford sekitar pukul 11.30 pagi (waktu tempatan).

“Pemeriksaan juruterbang mendapati, panel yang menghubungkan bahagian bawah fiuslaj ke sayap belakang hilang,” kata United Airlines dalam satu kenyataan akhbar.

Pegawai syarikat penerbangan berkata, tiada isyarat yang menunjukkan sebarang kerosakan berlaku semasa penerbangan, dan tiada kecemasan diisytiharkan oleh anak kapalnya.

“Kami akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap pesawat dan melakukan semua pembaikan yang diperlukan sebelum ia kembali beroperasi. Kami juga akan menyiasat untuk lebih memahami bagaimana kerosakan ini berlaku,” tambah kenyataan tersebut.

Beberapa isu mekanikal melibatkan pesawat Boeing berlaku baru-baru ini termasuk insiden palam pintu tercabut melibatkan pesawat Boeing 737-9 MAX milik Alaska Airlines pada 5 Januari lalu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI