fbpx

Misteri puluhan bangkai haiwan dibuang depan kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PULUHAN bangkai haiwan dibuang di depan pintu masuk sebuah kedai komuniti di Broughton, Hampshire, England, Khamis lalu. - Foto Chris Pollard

LONDON –  Berpuluh-puluh bangkai haiwan dibuang di depan pintu masuk sebuah kedai komuniti, yang merupakan serangan kedua berlaku di sebuah kawasan di Broughton, England, lapor akhbar Metro UK semalam.

Pihak yang melakukan perbuatan itu turut melumur darah dan usus haiwan di tingkap kedai tersebut pada Khamis lalu.

Puluhan bangkai haiwan itu terdiri daripada hare yang mirip arnab dan burung hantu.

Penduduk tempatan menyalahkan pemburu-pemburu haram di kawasan itu, selain ia turut disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan yang menjalankan sindiket perjudian antarabangsa, lapor portal berita MailOnline.

Mereka percaya serangan itu adalah satu bentuk amaran supaya penduduk tempatan tidak campur tangan dalam isu tersebut.

Kedai Komuniti Broughton dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah melaporkan insiden itu kepada polis dan meminta penduduk berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan High Street dari pukul 3 pagi hingga 3.45 pagi (waktu tempatan), Khamis lalu.

Pada Februari lalu, sejumlah bangkai haiwan dibuang di luar Sekolah Rendah Awbridge, kira-kira 16.09 kilometer dari kampung itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI