fbpx

Bergaduh di Bukit Ampang: Polis minta pihak terlibat tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular sekumpulan penunggang motikal bergaduh di Bukit Ampang, Ampang Jaya, baru-baru ini.

AMPANG JAYA – Polis meminta individu terlibat dalam video tular yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Bukit Ampang, di sini, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung insiden itu.

“Rakaman video itu telah tular sejak 12 Mac lalu, setakat ini, polis belum menerima apa-apa laporan berkaitan pergaduhan tersebut.

“Kita minta mereka yang terlibat atau mempunyai maklumat berkaitan insiden itu untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat yang mana memaparkan sekumpulan penunggang motosikal bertindak memukul seorang lelaki.

Tidak hanya ditendang dan dipukul, malah lelaki tersebut turut dipukul menggunakan topi keledar sewaktu terjatuh ekoran pergaduhan itu.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dilihat sempat untuk bangun semula dan cuba melarikan diri daripada terus dipukul sekumpulan lelaki itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI