fbpx

Ops Pantau: 226 aduan diterima, 26 kertas siasatan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan beramah mesra dengan peniaga ketika meninjau Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan di Tapak Tamu Mingguan Daerah Papar hari ini.- Foto Ivan Amirul

PAPAR – Sebanyak 6,566 premis di seluruh negara sudah diperiksa  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sepanjang pelaksanaan Ops Pantau sejak 12 Mac lalu.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, menerusi pemeriksaan tersebut, 226 aduan telah diterima selain sebanyak 26 kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan.

“Di peringkat negeri Sabah pula merangkumi 231 premis selain meliputi 16 aduan dan empat kertas siasatan sudah dibuka,”katanya selepas meninjau Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan di Tapak Tamu Mingguan Daerah Papar hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, KPDN masih meneruskan pelaksanaan Ops Kesan di seluruh negara bagi memantau kesan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus.

“Sebanyak 7,527 premis telah diperiksa, aduan yang diterima pula adalah sebanyak 25. KPDN juga telah mengeluarkan 409 notis kepada peniaga untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI