fbpx

Lagi kadar tukar ringgit di Google tidak tepat – BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siaran kadar pertukaran USDMYR yang diterbitkan Google, semalam.

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi menolak dengan tegas kadar pertukaran dolar Amerika (USD) dengan ringgit Malaysia (MYR) yang diterbitkan di Google, semalam.

BNM dalam kenyataan berkata, ia adalah maklumat yang tidak tepat dan tidak menggambarkan dagangan sebenar.

“Semalam (15 Mac), USD/MYR disebut harga pada 4.7015 pada pukul 9 pagi dan 4.7045 pada pukul 5 petang dengan paras tertinggi harian pada 4.7075 dalam pasaran antara bank seperti yang diterbitkan di laman web BNM.

“Bagaimanapun, siaran kadar pertukaran di Google menunjukkan USD/MYR disebut harga 4.98 pada pukul 3.59 petang,” jelasnya.

BNM berkata, ia merupakan merupakan insiden kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran USD/MYR yang tidak tepat pada tahun 2024.

“BNM telah menghantar surat peringatan tegas kepada Google semasa salah lapor pertama terjadi pada 6 Februari 2024.

“BNM akan menghubungi Google sekali lagi untuk mendapatkan penjelasan tentang punca pelaporan yang tidak tepat ini berlaku dan langkah-langkah pembetulan yang dibuat memandangkan isu berulang ini menjejaskan Malaysia dan banyak negara lain sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Mengulas lanjut, BNM berkata, sepanjang dua minggu yang lalu sejak 1 hingga 15 Mac, nilai ringgit telah mengukuh sebanyak 0.76 peratus berbanding dengan USD. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI