fbpx

8,000 Residensi Madani bakal dibina di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha

KUALA LUMPUR – Sebanyak 8,000 unit Residensi Madani bakal dibangunkan di Kuala Lumpur bermula bulan Jun, tahun ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, projek Residensi Madani di ibu kota itu mempunyai konsep dan harga yang hampir sama dengan projek yang bakal dibangunkan di Putrajaya.

Tambah beliau, pembangunan kedua-dua jenis residensi itu akan memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman mampu milik pada harga di bawah RM300,00.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang akhbar Program Teh Hijau Kuala Lumpur edisi Mac 2024 anjuran Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diadakan di Pekarangan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, sebanyak 10,000 unit Residensi Madani dan Wilayah bakal dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini dan dijangka siap pada 2027.

Projek tersebut merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menangani isu sosioekonomi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI