fbpx

Prof Teo selesai diambil keterangan berhubung kenyataan isu sekolah vernakular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teo Kok Seong.

KUALA LUMPUR – Felo Kanan, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong selesai diambil keterangan oleh pihak polis berhubung kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, keterangan itu diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Beliau hanya dirakam percakapan, tiada sebarang rampasan,” katanya ringkas, hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan polis membuka kertas siasatan terhadap Kok Seong berhubung kenyataan yang mendakwa sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan negara.

Saifuddin berkata, topik mengenai sekolah vernakular sentiasa dibahas dan mendapat pandangan daripada pelbagai sudut pandang.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Dewan Rakyat mempersoalkan mengapa Kok Seong tidak disiasat berhubung kenyataannya berkaitan isu sekolah vernakular dan membandingkan siasatan polis terhadap pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Tony Pua.

Media sebelum ini melaporkan, Kok Seong dalam sebuah platform media sosial yang disiarkan sebuah portal berita, mendakwa sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI