fbpx

Martabak naik harga sebab bawang, daging import mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah beramah mesra bersama peniaga bazar semasa mengadakan sesi walkabout pada majlis pelancaran Bazar Ramadan Rahmah (BPR) 2024 di Bazar Ramadan Presint 14, hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan isu kenaikan harga martabak ketika ini disebabkan kos pengimportan.

Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, maklumat tersebut diterima hasil daripada pemantauan di lapangan yang dijalankan oleh pasukan penguatkuasaannya setiap hari.

Katanya, selain bawang India, harga daging import juga naik dan ia memberikan kesan tekanan rantaian secara tidak langsung kepada penjual martabak.

“Berhubung isu tular mengenai martabak naik harga, ia memang disebabkan oleh faktor harga bawang besar dari India diimport ada kenaikan ketara.

“Kami faham margin keuntungan mereka jatuh namun KPDN dimaklumkan bahawa ada yang terus kekal harga meskipun laba (keuntungan) diperoleh tidak banyak seperti dahulu,” kepada pemberita selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) 2024 di Presint 14, hari ini.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, Ops Pantau yang bermula Selasa lepas, pihaknya telah memeriksa 3,099 premis dengan 126 aduan diterima dan 11 kes telah dibuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI