fbpx

Andai zaman dahulu ada TikTok, Rosyam tetap ‘sorok’ isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSYAM tetap percaya konsep 'sorok' wajah keluarga memberi satu jaminan terhadap karier seninya.

PETALING JAYA – Selebriti popular Datuk Rosyam Nor mengakui prinsip melindungi keluarga dengan cara tidak mendedahkan wajah mereka sejak dahulu berbaloi apabila isteri serta anak-anaknya dapat menjalani kehidupan biasa.

Kata pemilik nama lengkap Mohamed Noor Shamsuddin itu, dia tetap berpegang dengan pilihan enggan berkongsi gambar insan kesayangan walaupun Instagram atau TikTok wujud pada awal pembabitannya di arena lakonan.

“Memang sejak dulu saya minta media tidak rakamkan gambar ketika bersama ahli keluarga dan mereka pun hormati permintaan ini kerana memahami niat saya.

“Ada saja saya bawa anak isteri keluar, cuma bukan kongsikan foto dengan khalayak sampailah wujudnya era media sosial, pendirian saya tetap sama. Saya yang jadi pelakon, biarlah anak-anak jalani hidup macam budak lain.

“Bahkan, kalau ada media sosial pada era saya dulu pun saya tetap dengan prinsip tak kongsi wajah ahli keluarga,” kata Rosyam, 57, pada perasmian Meriahnya Raya bersama PKNS, di Datum Jelatek, baru-baru ini.

Menurut Duta Keusahawanan PKNS itu, sebelum ini pernah sekali dua dia memuat naik gambar bersama cucu sulung yang disifatkan sebagai perkongsian kegembiraan bergelar seorang datuk.

Katanya, selepas itu laman sosialnya kembali kepada perkongsian berkaitan kerjaya seni, aktiviti harian, bisnes Rosyam Mart serta promosi pembabitan sebagai wajah beberapa jenama.

Ini cara saya, artis lain tak perlu pun ikut atau tak bermakna pilihan saya ini saja yang betul. Kongsi atau tidak terpulang kepada diri masing-masing.

“Adalah sekali dua saya masukkan gambar cucu pertama. Datuk mana tak gembira dianugerahkan cucu penyambung generasi? Selepas itu sudah tak ada saya kongsi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI