fbpx

Tisya Erni subahat bantu kekasih larikan anak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TISYA ERNI dikecam hebat atas kerana kes kekasihnya membawa lari daripada isteri.

NAMA penyanyi dangdut, Tisya Erni tiba-tiba ‘meletup’ selepas terkait dakwaan membantu kekasihnya melarikan anak daripada isteri sendiri yang kini hangat  diperkatakan peminat hiburan Indonesia.

Turut dikecam kerana mengganggu rumah tangga kekasihnya iaitu Aden Wong yang masih berstatus suami kepada wanita bernama Amy yang  merupakan rakyat Korea Selatan, laman Instagram selebriti terbabit turut diserang netizen.

Kes perebutan bayi berusia empat bulan itu tular selepas Amy berkongsi video kejadian anak bongsunya dilarikan suami bersama wanita yang didakwa sebagai artis Indonesia.

Sebagai orang ketiga, tindakan Tisya, 28, yang sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk melakukan aktiviti pelacuran meraih kutukan.

Rata-rata menyifatkannya sebagai wanita tidak sedar diri apabila bukan saja meruntuhkan perkahwinan individu lain, bahkan melarikan anak orang.

Hingga kini belum ada perkembangan lanjut berhubung kes terbabit, namun difahamkan Amy yang juga ibu kepada empat anak sudah meminta bantuan beberapa pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI