fbpx

Pembangunan ‘High Speed-Weigh in Motion’ dalam proses akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya dalam proses akhir membangunkan sistem dikenali sebagai ‘High Speed-Weigh in Motion’ bagi mengenal pasti pemandu lori yang membawa muatan berlebihan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, menerusi penggunaan sistem tersebut, aktiviti penguatkuasaan kenderaan berat boleh dilaksanakan secara masa sebenar dan automatik tanpa memerlukan kenderaan berhenti.

“Sepanjang tahun 2016 hingga September 2024, sebanyak 65,221 notis saman telah dikeluarkan membabitkan kesalahan muatan. Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya kini dalam proses akhir membangunkan sistem ‘High Speed-Weigh in Motion’.

“Berkenaan pemandu kenderaan berat dibawah pengaruh alkohol dan dadah pula, ia adalah punca kuasa mengadakan ujian hanya dibawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bagaimanapun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa mengadakan operasi secara bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi mengesan pemandu dibawah pengaruh dadah,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Shaharizukirnain Abd. Kadir (PN-Setiu) berhubung inisiatif kerajaan memastikan pengendali syarikat kenderaan berat menyelenggara kenderaan mereka mengikut waktu yang sepatutnya.

Terdahulu, Hasbi memberitahu, sebanyak 94 buah syarikat pengendali kenderaan barangan telah digantung selepas gagal proses audit dan kemalangan pada tahun 2023.

Menurut beliau, Kementerian Pengangkutan tidak akan teragak-agak daripada mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap mana-mana
pihak yang mengingkari peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Jelas beliau, ia termasuk kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Setiap kenderaan perdagangan adalah diwajibkan untuk menjalani Pemeriksaan Berkala di PUSPAKOM setiap 6 bulan seperti yang menjadi syarat wajib pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI