fbpx

Letupan kuat di utara China, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa bangunan musnah dalam letupan tersebut. - Weibo

BEIJING – Satu letupan kuat di sebuah restoran membunuh seorang dan mencederakan 22 yang lain di wilayah utara China, Hebei, pagi ini.

Menurut laporan media tempatan, letupan itu mengakibatkan kerosakan teruk pada beberapa bangunan.

Insiden berlaku kira-kira pukul 8 pagi (waktu tempatan) di sebuah kawasan perumahan di bandar Sanhe, lapor penyiar tempatan, CCTV.

Seorang mangsa disahkan maut dan 22 lagi cedera, tambah laporan tersebut sambil menambah, letupan disyaki berlaku disebabkan kebocoran gas di sebuah kedai ayam goreng.

Wakil agensi berita AFP yang berada di tempat kejadian melihat polis mengawal lalu lintas dari arah pintu masuk ke kawasan kejiranan, di mana letupan berlaku.

Turut dilihat adalah kepulan asap kelabu sejauh beberapa ratus meter, dengan kren turut berada berhampirannya.

Satu video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sebuah bangunan runtuh sepenuhnya, selain beberapa kereta musnah dan serpihan bertaburan di seberang jalan.

“Kebakaran telah berjaya dikawal, manakala kerja-kerja menyelamat dijalankan dengan segera,” kata jabatan bomba Langfang. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI