fbpx

Dr. Dzulkefly dirujuk ke hospital, disyaki alami gejala ‘renal colic’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dirujuk ke jabatan kecemasan awal pagi tadi ekoran disyaki mengalami gejala ‘renal colic’.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan, Dr. Dzulkefly bagaimaapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Menteri Kesihatan telah dirujuk ke jabatan kecemasan pada awal pagi ini kerana disyaki mengalami gejala renal colic.

“Beliau kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” kata kenyaaan itu.

Gejala ‘Renal Colic’ boleh menyebabkan pesakit mengalami sakit di bahagian kiri atau kanan pinggang, bahagian bawah belakang badan atau abdomen.

Kesakitan itu boleh merebak ke kawasan pangkal paha atau bahagian sulit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI