fbpx

Rider redah hujan hantar pesanan dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penghantar makanan basah kuyup demi menyelesaikan satu pesanan

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita memberikan tip yang banyak kepada penghantar makanan yang dalam keadaan basah selepas menghantar pesanan ketika hujan menerima pujian netizen.

Menerusi satu video yang dimuat naik dalam akaun TikTok, wanita tersebut turut memberi pesanan kepada orang lain agar membantu orang lain seperti penghantar makanan.

“Pernah tak korang dengar penghantar makanan cakap, kalau hujan jangan berhenti pesan makan, sebab mereka sedang berjuang untuk sesuap nasi, jadi saya berniat untuk sedekahkan kepada sesiapa sahaja yang menghantar makanan saya kali ini.

“Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain, yang penting jangan malas,” ujarnya lagi.

Difahamkan, penghantar makanan tersebut merupakan seorang individu kurang upaya (OKU), jadi tiada alasan bagi orang sempurna fizikalnya, untuk malas berusaha kata wanita tersebut lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersimpati dengan penghantar makanan tersebut yang berbasah kuyup untuk menyelesaikan pesanan makanan.

“Bukan tak nak buat pesanan makanan, tapi kesian dengan penghantar makanan yang kena redah hujan,” komen Paan.

Tinjauan Kosmo! juga mendapati, ada juga penghantar makanan yang hadir meluahkan rasa terima kasih kepada pembeli yang sanggup memesan makanan walaupun cuaca buruk.

“Saya juga seorang penghantar makanan, terima kasih sebab faham kerja kami,” kata seorang pengguna.

“Ya, masa hujan memang paling seronok untuk cari pesanan sebab kurang persaingan dan kebiasaannya akan diberikan tip juga. Cuma risikonya ialah jalan licin dan tak nampak jalan,” ujar Nyna William. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI