fbpx

Hotel angkasa pertama dibuka 2025, harga bilik RM257 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambaran stesen Pioneer di orbit - The Sun UK

WASHINGTON  – Hotel angkasa lepas pertama di dunia dengan pemandangan luar biasa planet Bumi akan  dibuka pada tahun depan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Syarikat angkasa lepas berpangkalan di Amerika Syarikat, Above Space menyasarkan untuk melancarkan dua stesen penginapan pelancong di angkasa lepas, setiap satu dinamakan Voyager dan Pioneer.

Pioneer  digambarkan oleh syarikat berkenaan sebagai hotel atau penginapan  angkasa lepas pertama di mana aktiviti perdagangan, penyelidikan dan riadah boleh beroperasi seawal  tahun depan.

Stesen tersebut dikatakan versi yang lebih kecil berbanding Voyager yang dijangka dibuka pada tahun 2027. Pioneer boleh  menempatkan 28 orang sahaja berbanding kapasiti Voyager seramai 400 orang.

Kedua-duanya dilaporkan menyerupai roda berputar yang mengorbit Bumi, manakala dekorasi dalaman tidak jauh berbeza dengan sebuah hotel mewah.

Above Space berkata di laman webnya bahawa tetamu kini boleh menempah percutian resort mewah di angkasa lepas di stesen Pioneer.

Perjalanan empat hingga 18 jam ke stesen itu akan menelan kos sekurang-kurangnya AS$55 juta (RM257.6 juta). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI