fbpx

F1: Horner beri amaran buat Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN terus mengungguli saingan Formula Satu musim ini apabila menjuarai saingan GP Qatar awal pagi semalam. – RED BULL RACING

JEDDAH – Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner menegaskan bahawa tiada seseorang yang lebih besar daripada pasukan biarpun selepas mereka dilanda krisis dalaman.

Pada Jumaat lalu, Max Verstappen memberi amaran bahawa dia bersedia mempertimbangkan untuk meninggalkan pasukan Red Bull jika mentornya, Helmut Marko disingkirkan.

Marko disebut-sebut menjadi dalang yang membocorkan maklumat kepada media ter­utama soal salah laku tidak wajar Horner terhadap stafnya sehingga menyebabkan dia disiasat.

“Jelas sekali banyak yang dibuat daripada isu ini. Kami adalah satu pasukan dan tiada siapa yang lebih besar daripada pasukan. Pasukan ini terdiri daripada pelbagai entiti dengan lebih 1,400 orang.

“Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan dan itu adalah dari bahagian paling bawah hinggalah atas. Tanpa mereka membuat persembahan, anda tidak akan mencapai kejayaan seperti ini.

“Terdapat banyak spekulasi hujung minggu ini, tetapi tum­puan kami tertumpu kepada trek,” kata Horner selepas Verstappen melakar kemenangan kedua berturut-turut musim ini sejurus menjuarai Grand Prix (GP) Arab Saudi di Litar Jeddah Corniche awal pagi semalam.

Mengenai Marko, Horner menjelaskan bahawa individu ber­usia 80 tahun itu adalah perun­ding kepada Red Bull GmBh dan bukannya melibatkan pasukan ­kendaliannya.

“Max (Verstappen) adalah aset berharga dalam pasukan dan seorang pemandu yang hebat. Apa yang boleh saya katakan ialah kami adalah satu pasukan dan tiada individu yang lebih besar daripada pasukan ini.

“Dia pemandu kami dan dia melakukan kerja yang hebat. Sebagai ketua pasukan, saya bertanggungjawab untuk perjalanan dan operasi pasukan ini,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI