fbpx

Dicurangi lagi, peminat, rakan artis minta Bella Astillah ‘move on’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI peminat serta rakan artis tidak putus memberikan kata-kata semangat dan berharap Bella Astillah fokus mencari kebahagiaan sendiri.

PETALING JAYA – Meski suaminya, Aliff Aziz  serta pelakon Ruhainies menyatakan bakal memberikan kenyataan berhubung kes khalwat, penyanyi dan pelakon Bella Astillah sehingga kini masih mengunci mulut.

Namun situasi getir dilalui ibu kepada dua cahaya mata itu terus meraih sokongan peminat dan rakan artis yang rata-rata memintanya mencari kebahagiaan sendiri.

Antara selebriti yang meninggalkan kata-kata semangat dalam ruangan komen Instagramnya terdiri daripada Ellie Suriaty, Azza Elite, Aishah Ilias, Catriona Ross, Eina Azman dan Elly Mazlein.

“Bella, saya berada dalam jangkauan awak. Sayang Bella sangat-sangat,” kata Ellie Suriaty.

“Sabarlah adikku. Semoga syurga untuk awak. Amin,” ujar Aishah Ilias.

“Pelukan untuk awak Bella sayang. Allah sangat sayangkan awak,” tulis Azza Elite.

Masing-masing sepakat dengan peminat yang enggan lagi melihat pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, itu terseksa berulang kali dicurangi suami.

“Bella, bukan sekali dua. Cukuplah, ini masanya untuk awak cari kebahagiaan sendiri,” kata peminat.

“Berkali-kali Allah tunjuk kerana Dia tahu Aliff bukan jodoh terbaik awak. Buatlah keputusan sendiri demi anak-anak,” ujar pengikut.

“Harap kali ini Bella tidak pertahankan suami awak. Cukup-cukuplah dengan apa yang dia lakukan kepada awak,” tulis netizen.

Terdahulu, media melaporkan tangkapan dibuat Jawi adalah berdasarkan maklumat orang awam yang mendakwa sudah beberapa kali melihat Aliff memasuki kediaman mewah pelakon Ruhainies.

Menurut laporan, agensi berkenaan memulakan operasi pada pukul 10.30 malam dan mengetuk pintu rumah serta menunggu hampir tiga jam.

Pihak Jawi juga terpaksa meminta bantuan bomba, namun Aliff akhirnya akur selepas dimaklumkan pintu rumah tersebut akan dipecahkan jika mereka tidak memberi kerjasama.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Pasangan sensasi terbabit dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI