fbpx

Pura-pura pergi pancing, elak dicekup AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada individu yang ditahan dalam Ops Hotspot di Bukit Dahlia, Pasir Gudang, hari ini

PASIR GUDANG – Seorang lelaki berpura-pura hendak pergi memancing di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Bukit Dahlia, di sini bagi mengelak ditahan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor hari ini.

Bagaimanapun, helah lelaki berusia 40-an itu yang tidak membawa sebarang kelengkapan memancing ditahan itu dalam serbuan Ops Hotspot yang dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, lelaki itu antara kira-kira 22 individu yang ditahan dalam dua operasi berasingan hari ini.

Katanya, seorang lagi lelaki terjatuh motosikal apabila cuba melarikan diri daripada ditahan penguat kuasa AADK ketika menuju ke ‘port’ dadah di dalam kawasan kelapa sawit tersebut.

Pengarah AADK Johor, Azli Ubin menerangkan kepada Tian Soon mengenai rampasan dibuat pihak AADK dalam Ops Hotspot di Bukit Dahlia, Pasir Gudang, hari ini

“Hari ini, kita menjalankan dua operasi secara serentak iaitu Ops Hotspot di kawasan kelapa sawit yang menyaksikan seramai 14 individu ditahan termasuk seorang lelaki warga Indonesia, manakala lapan lagi ditahan menerusi Ops Cegah (rumah ke rumah).

“Kerajaan negeri memandang serius isu penyalahgunaan dadah ini dan tidak akan berkompromi dengan individu terlibat, kita akan terus menjalankan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

“Kita meletakkan sasaran kepada AADK untuk menghijaukan 17 mukim yang dikenal pasti sebagai Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) supaya bebas daripada aktiviti penyalahgunaan dadah ini,” katanya kepada pemberita selepas Ops Hotspot di Bukit Dahlia, di sini hari ini.

Menurutnya, sejak awal tahun hingga Rabu lalu, seramai 377 individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di seluruh negeri ini.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI