fbpx

Ruhainies, Aliff Aziz bebas diikat jamin, bakal didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAH ditangkap khalwat awal pagi tadi, Ruhainies dan Aliff Aziz dibebaskan dengan ikat jamin dan akan didakwa di mahkamah menjelang tarikh yang bakal diputuskan nanti.

PETALING JAYA – Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat pada awal pagi tadi di sebuah kondominium mewah di ibu negara sudah dibebaskan dengan jaminan.

Difahamkan, dua selebriti itu dibebaskan dengan jaminan, sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain dijangka dalam tempoh terdekat.

Aliff dan Ruhainies juga bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekitar pukul 2 petang tadi.

Terdahulu, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat oleh Jawi pada awal pagi tadi adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

Tangkapan yang dibuat Jawi difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Menguatkan lagi spekulasi, kakak Ruhainies yang juga pelakon dilaporkan turut berada di lokasi serbuan awal pagi tadi.

Sehingga kini, kedua-dua belah pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penangkapan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI