fbpx

KPDN tumpas sindiket seleweng diesel subsidi nelayan di Sungai Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDN melakukan pemeriksaan terhadap sebuah stor haram penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi nelayan di Sungai Besar, Selangor. - Foto IHSAN KPDN

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan dalam satu serbuan di Sungai Besar, Selangor pada Isnin lepas.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, serbuan dilakukan oleh KPDN Selangor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran premis berkenaan disyaki menjadi stor haram penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi nelayan.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis itu, pasukan penguat kuasa telah menyita sejumlah 24,875 liter minyak diesel dan peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM187,350,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Katanya, seramai tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 40 tahun ditahan kerana disyaki sebagai wakil pemilik premis, pemandu kenderaan dan penjaga premis.

“Serbuan ini dibuat hasil risikan dan disyaki sindiket ini telah beroperasi dalam tempoh lama dan melibatkan penyelewengan subsidi diesel nelayan pada skala yang besar,” ujarnya.

Jelasnya, KPDN memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

“Mana-mana orang yang melakukan kesalahan melibatkan penyelewengan diesel boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI