fbpx

[VIDEO] ‘Tak sangka Sungai Klang tercemar seteruk ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan Sungai Klang yang tercemar dengan teruk.

PETALING JAYA – Seorang sukarelawan berkongsi sebuah video memaparkan keadaan Sungai Klang yang sangat tercemar dengan sampah sarap sehingga mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian @arif.positif di akaun TikTok, dia menunjukkan pelbagai sampah sarap seperti botol-botol plastik terapung ketika menaiki sampan ke sungai berkenaan.

Jelasnya, hampir semua permukaan Sungai Klang dicemari dengan sampah sarap walaupun telah dibersihkan oleh sukarelawan yang hadir.

“Selalu kan dengar Sungai Klang ini tercemar? Saya pun pernah dengar, tapi tak sangka seteruk ini pencemarannya.

“Realitinya, pencemarannya tidak berpenghujung. Sangat penuh dengan sampah sarap. Sedih tengok.

“Kami dah berada di sini hampir dua jam. Maksudnya situasi ini bukanlah disebabkan air pasang ke apa. Sampah sarap ini memang kat sini. Memang kita kena buat sesuatu untuk betulkan balik,” katanya dalam video tersebut.

Dalam hantaran video yang lain pula, Arif turut memaparkan beberapa sukarelawan lain turut membersihkan sampah sarap di sekitar sungai tersebut.

Sehingga kini, videonya mendapat lebih 347,600 tontonan, 13,300 tanda suka dan 201 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, pembuangan sampah ke Sungaj Klang bukanlah sesuatu yang baharu malah perlu diambil tindakan dengan segera.

“Tadi baru nampak orang buang beg sampah kat Sungai Klang tadi. Geram tapi tak tau nak buat apa,” komen Tieah.

“Memang selalu nampak orang buang sampah dalam sungai ni. Sepatutnya kena ada televisyen litar tertutup di setiap jambatan atau sungai,” komen Norcahaya.

“Sungai Klang ni ada air laut pasang, sampah dari laut ada, mesin kutip sampah pun ada, jala sampah pun ada. Apa-apa pun sayanglah sungai, jangan sampai anak cucu tak dapat nak nikmatinya nanti,” komen pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE

@arif.positif I’ve always heard it was polluted but never knew it was this bad. Heaps of rubbish ocean-bound, coming from all kinds of sources. It’s really heartbreaking to see this. Can we do something to solve this? #pollution #riverpollution ♬ original sound – Arif Positif

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI