fbpx

Rizab Gabungan Bersih LTAT RM160 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan LTAT di Jalan Bukit Bintang.

PETALING JAYA – Rizab negatif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), seperti yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi Agensi Persekutuan 2022 hanya mewakili satu komponen Rizab, iaitu Rizab Pendapatan Komprehensif Lain (OCI).

Menurut LTAT, Rizab Gabungan LTAT terdiri daripada tiga komponen, iaitu Keuntungan Tertahan; Dana Rizab; dan Rizab OCI, yang secara bergabung mencerminkan kestabilan kewangan LTAT.

Jelasnya, Dana Rizab terus kekal tidak berubah dan ditetapkan pada kadar dua peratus daripada baki akaun pencarum, lantas menyediakan asas kepada kestabilan kewangan.

Sementara Rizab OCI terdiri daripada keuntungan/kerugian terkumpul aset yang belum direalisasikan yang dilabelkan mengikut piawaian perakaunan sebagai FVTOCI (Nilai Saksama Pendapatan Komprehensif Lain), mencerminkan turun naik dalam pasaran dan prestasi aset.

“Sehubungan itu, walaupun Rizab OCI menunjukkan nilai defisit, baki bersih Rizab Gabungan pada akhir Tahun Kewangan 2022 adalah positif berjumlah RM160 juta, peningkatan daripada tahun sebelumnya.

“Tambahan pula, Rizab Gabungan pasca-dividen yang belum diaudit bagi Tahun Kewangan 2023 juga akan menunjukkan peningkatan, lantas mencerminkan komitmen LTAT terhadap perjalanan transformasinya ke arah pengukuhan kedudukan kewangannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan tersebut menambah, kedudukan Rizab Bersih yang positif membawa kepada Nisbah Solvensi Buku melebihi 100 peratus, mengesahkan bahawa Aset Bersih pada Nilai Buku melebihi jumlah caruman pencarum.

Ia menandakan keupayaan LTAT untuk memberi dividen kepada semua pencarum.

“Berkenaan isu Keuntungan Bukan Tunai yang menyumbang kepada pendapatan bagi Tahun Kewangan 2022, jika komponen Untung Bukan Tunai ini diasingkan, LTAT masih dapat mengekalkan kadar solvensi tidak kurang daripada tahap ambang minima (threshold) seperti mana yang telah ditetapkan dalam Polisi Dividen.

“Sebagai sebuah dana persaraan, dividen yang diisytiharkan tidak melibatkan pengeluaran tunai secara terus dan hanya akan dikreditkan ke dalam akaun caruman ahli.

“Oleh itu, kedudukan kecairan LTAT kekal stabil, memastikan kami dapat memenuhi semua komitmen apabila diperlukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI