fbpx

MOTAC batalkan lesen Emraz Travel kuat kuasa Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. (Emraz Travel) berkuat kuasa Isnin ini.

MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata, pembatalan lesen syarikat tersebut selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

“Emraz Travel didapati telah melanggar syarat lesen dan peruntukan Akta 482 serta menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah syarikat pengendali pakej umrah bersama dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 15 Januari lalu atas 63 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar balik tuntutan wang berjumlah RM589,031 kepada 21 mangsa, tahun lalu.

Pada 23 November tahun lalu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati syarikat itu menggunakan duit jemaah kumpulan kedua dan ketiga bagi menampung kos jemaah umrah kumpulan pertama.

Tindakan itu dipercayai antara punca berlakunya kegagalan beberapa jemaah yang menggunakan khidmat syarikat itu untuk ke tanah suci sehingga membawa beberapa siri laporan polis dalam kalangan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI