fbpx

Dokumen tak lengkap punca pemuda mualaf lewat terima sijil nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seorang mualaf yang mendakwa terpaksa berulang-alik sembilan kali ke Pejabat Agama Daerah Barat Daya di sini bagi mendapatkan sijil perkahwinan berpunca daripada kegagalannya melengkapkan dokumen diperlukan.

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Barat Daya berkata, pemuda itu sebenarnya telah berkahwin di Indonesia dan isterinya juga adalah warganegara Indonesia.

“Jadi kakitangan pejabat agama meminta dia melengkapkan dokumen yang diperlukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum sijil perkahwinannya dapat diluluskan oleh pejabat agama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan seorang pemuda mualaf yang menyatakan dia terpaksa berulang-alik sebanyak sembilan kali dengan jarak keseluruhan perjalanan sebanyak 700 kilometer bagi mendapatkan sijil perkahwinannya daripada pejabat agama.

Menurut jurucakap Pejabat Agama Daerah Barat Daya, pihaknya telah memproses permohonan pemuda itu seperti mana prosedur pasangan yang bernikah di luar negara.

“Prosesnya adalah sama dengan pasangan lain yang bernikah di luar negara, ia adalah sama,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap itu berkata, pejabat agama juga telah mengeluarkan sijil perkahwinan pemuda berkenaan sebaik sahaja dia melengkapkan kesemua dokumen yang diperlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI