fbpx

Allianz lancar Perlindungan EV Allianz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sean Wang (kanan) bersama Ketua Pegawai Tuntutan Allianz, Damian Williams (kiri), Timbalan Ketua Pegawai Jualan Allianz, Sazali Abd Rahman (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Jualan Allianz, Horst Habbig pada majlis pelancaran Allianz EV Rangers di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Allianz Gene­ral Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah me­lancarkan produk insurans baharu iaitu Perlindungan EV Allianz untuk kenderaan elektrik (EV) yang menyediakan perlindungan pertama dalam industri untuk mengecas secara mudah alih.

Allianz EV Rangers, perkhidmatan pertama dalam industri yang telah memulakan operasi di Lembah Klang, menyediakan perkhidmatan mengecas mudah alih yang memboleh sesebuah kenderaan sampai ke fasiliti mengecas yang terdekat.

Mengulas tentang faktor unik Allianz Road Rangers, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, Allianz Ge­neral terus memperhalusi ban­tuan tepi jalan dan mengutamakan pelanggan.

“Dengan produk terbaharu ini, kami telah mengenal pasti titik sentuh yang biasa dihadapi oleh pelanggan dan telah menyediakan penyelesaian yang menyeluruh.

“Misalnya, jika anda kehabisan bateri dalam perjalanan untuk menaiki pesawat, Allianz EV Ran­gers kami akan segera sampai dan mengecas bateri EV anda dan anda boleh meneruskan perjalanan,” katanya.

Pelanggan dengan Perlindungan EV Allianz akan mendapat manfaat perlindungan daripada pelbagai titik sentuh berkaitan mengecas EV termasuk RM15,000 untuk kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian dan bencana alam terhadap kotak dinding pengecas.

Ia turut memberi perlindungan bernilai RM2,000 untuk kerosakan akibat kebakaran, kecurian dan bencana alam terhadap kabel pengecas mudah alih.

Jika kejadian yang tidak diingini berlaku ketika menggunakan pengecas EV awam, perlindungan Ehsan sehingga RM5,000 akan diberikan kepada pelanggan untuk kos pem­baikan atau untuk per­belanjaan perubatan jika kenderaan rosak dan orang yang diinsuranskan mengalami kecederaan anggota badan.

Selain itu, orang yang diinsu­ranskan juga dilindungi sehingga RM50,000 bagi kecederaan
anggota badan pihak ketiga dan kerosakan harta yang disebabkan oleh penggunaan langsung pengecas dinding EV di rumah oleh orang yang diinsuranskan.

Dalam pada itu, merujuk kepada bantuan tepi jalan terbaik oleh Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, dengan Perlindungan EV, pelanggan mereka akan diberikan pengalaman yang premium yang disukai mereka.

“Jika berlaku kemalangan, serahkan sahaja kepada Allianz Road Rangers untuk menguruskannya.

“Pelanggan kami tidak akan berdepan dengan ugutan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang memaksa mangsa untuk membawa kenderaan mereka ke bengkel yang tidak bertauliah,” jelasnya.

Tambah beliau, syarikat juga bekerja keras untuk memastikan pelanggan tidak mengalami kesulitan selepas kemalangan atau kerosakan kereta mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI